Monday, January 13, 2020

Almera Homestay

Almera Homestay merupakan sebuah Homestay Muslim yang Murah, Bersih lagi Selesa 😊 Lokasi strategik di pinggir bandar Pendang menjadikan homestay setingkat ini pilihan utama para pengunjung yang melawat & menginap di Pendang. Jarak perjalanan dari homestay ini ke Bandaraya Alor Star juga cuma mengambil masa selama 30 minit.

Homestay ini juga terletak berdekatan dengan Pasaraya Sakan, Kedai Eco RM2.10 dan beberapa pasaraya lain yang memudahkan penghuni untuk membeli keperluan diri. Penghuni juga tidak perlu risau tentang makan kerana terdapat banyak kedai makan termasuk KFC, Pizza Hut dan Kedai Makanan Western. Antara tumpuan utama pengunjung ialah Medan Selera Pendang yang menyediakan pelbagai jenis makanan dengan harga yang murah.

Kemudahan yang Disediakan:

Homestay ini terbahagi kepada dua bilik besar bersaiz 20 kaki X 20 kaki. Setiap bilik mempunyai:
- Katil, tilam dan bantal.
- 1 Televisyen.
- Pendingin hawa.
- Kipas siling.
- Seterika.
- Jar pemanas air elektrik.
- Peti sejuk.
Homestay ini juga mempunyai laman dan tempat parkir berbumbung yang luas.

Homestay ini menawarkan HARGA YANG LEBIH MURAH berbanding homestay lain.


SATU BILIK
SEBUAH
1 MALAM
RM80.00
RM150.00
2 MALAM
RM150.00
RM280.00
3 MALAM
RM200.00
RM400.00

Alamat Almera Homestay adalah seperti berikut:

312 Kampung Tok Busah
06700 Pendang
Kedah

Lokasi homestay adalah seperti berikut:


Untuk urusan penempahan, boleh menghubungi Che Husin Bin Ahmad (013-5319059).



Bilik 2

Kawasan Parkir Berbumbung